Monday 21 June 2010

Pelancaran IKRAM Penuh Tarbawi dan Gilang Gemilang







Lebih 5000 ahli dan pewaris IKRAM memenuhi dewan utama di The Mines Convention Centre, Serdang.
Untuk pertama kali barisan kepimpinan IKRAM Malaysia diperkenalkan dan IKRAM mewar-warkan penubuhannya dihadapan media. Dianggotai oleh ahli-ahli yang kini mencecah 3,500 orang dari pelbagai lapisan masyarakat, IKRAM dipimpin oleh barisan mereka yang telah puluhan tahun mengabdikan diri dalam kerja dakwah dan tarbiyah semenjak zaman remaja mereka lagi. Mereka adalah aktivis dakwah dan kemasyarakatan di pelbagai peringkat sebelum dipilih menerajui IKRAM. Kombinasi para ulama' dan ahli profesional seperti pakar-pakar perubatan, pendidik, pentadbir, peniaga, jurutera dan aktivis kemasyarakatan akan memampukan IKRAM berperanan mengenengahkan gagasan dakwah, tarbiah dan khidmat sosial kepada masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, ugama dan keturunan.
Ucaputama Presiden, Al-Fadhil Ustaz Syekh Mohd Farid Syekh Ahmad, bekas pensyarah UIA, dipersembahkan dengan penuh komprehensif, menyeluruh, mantap dan berwawasan. Pendakatan tarbawi melalui pembentukan keperibadian ahli-ahli adalah asas pembangunan Ikram dari aspek peribadi mahupun jama'i. Meneruskan agenda membangun ummah berasaskan sl-Qur'an dan Al-Sunnah Insya Allah memampukan IKRAM berada di 'centre-stage' mengajak masyarakat kearah pembangunan Masyarakat Madani yang dinamik, progresif dan diredhai ALlah swt.

... http://www.youtube.com/watch?v=lEA8-AATa-g

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...