Thursday 29 July 2010

Rehlah Keluarga Ikram Pontian







25 Julai 2010, sekitar 25 keluarga Ikram Pontian menyertai program Rehlah yang julung kali dianjurkan Ikram Pontian. Program diuruskan oleh Jawatankuasa Kebajikan Ikram Pontian yang dipengerusikan oleh Sdr Mohd Nor Othman. Program di adakan di pantai Rambah Pontian bermatlamatkan mengeratkan silaturrahim dikalangan aktivis Ikram Daerah Pontian di samping membudayakan carahidup sihat melalui aktiviti luar, riadah dan menikmati keindahan landskap luar bandar Malaysia. Suami, Isteri dan anak-anak yang berjumlah hampir 100 orang memulai aktiviti dengan riadah ringan, diikuti dengan ucapan alu-aluan Sdr Mohd Nor, ucapan YDP Ikram Pontian, PM Dr Mohd Zin Kandar, Tazkirah oleh Ust Hairozi dan sessi taaruf. YDP Ikram Johor, Prof Dr Arshad dan keluarga turut hadir.
Ikram Pontian dianggotai oleh segenap golongan dari kalangan pelajar, guru-guru, pensyarah, pegawai-pegawai kerajan, usahawan dan orang awam. "Ukhuwwah Teras Kegemilangan" adalah moto IKRAM dan hakikat ukhuwwah ini yang cuba diperkasakan IKRAM Pontian sebelum usaha-usaha pengemblingan tenaga ummah bagi melaksanakan dakwah dan tarbiyah sebagai misi membawa masyarakat kearah Ubudiyah/Pengabdian kepada ALlah swt di dalam segenap aktiviti kehidupan.
Rehlah diakhiri dengan jamuan 'pot-luck' yang dibawa oleh ahli Ikram dan kemudian keluarga masing-masing melawat sekitar Rambah yang menjadi salah sebuah tempat pendaratan nelayan di sekitar Pontian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...