Tuesday 24 August 2010

Semarak Ramadhan Bersama IKRAM: IKRAM Prihatin


Insya Allah pada 28 - 29 hb Ogos 2010 akan berlangsung program Semarak Ramadhan Bersama IKRAM di Masjid Kg Parit Masjid Pontian dan sekitarnya.
Mulai Sabtu tengah hari suatu gotong royong di antara ahli-ahli IKRAM Pontian dan masyarakat setempat / kari'ah Masjid akan diadakan bagi memasak bubur lambok sebanyak dua periuk besar. Bubur lambok akan dibungkus di dalam bekas dan akan diedar ke kawasan sekitar kampung selepas solat Asar.

Majlis Berbuka Puasa dan i'tikaf di masjid berkenaan akan turut diadakan seterusnya qiyamulail dan sahur. Dijangka sekitar 100 ahli IKRAM seluruh Pontian akan hadir bersama penduduk kampung dan sekitarnya.

Pada hari Ahad pagi pula, program dimulai dengan gotong royong membersih kawasan kubur berdekatan masjid. Mulai 8.00pagi akan berlangsung projek IKRAM PRIHATIN. Iaitu sumbangan bungkusan makanan (termasuk beras, gula tepung dll) kepada fakir miskin sekitar bandar Pontian. Ia di jangka disertai oleh sekitar 20 Kenderaan dengan dibantu oleh penduduk kampung.

Kesemua perbelanjaan di atas diperolehi hasil sumbangan ahli-ahli IKRAM Pontian berempena Ramadhan. Ini adalah sebahagian usaha pendidikan ahli-ahai IKRAM bagi merasai keinsafan melalui aktiviti mengumpul sumbangan kewangan dan disumbangkan kepada mereka yang kurang berada. Sebagai pertubuhan yang menekankan pendidikan/tarbiyah kepada ahli-ahlinya, IKRAM berusaha menghidupkan Ramadhan melalui berbagai aktiviti dan melaksanakan program khidmat masyarakat serta sumbangan kepada mereka yang susah dan memerlukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...