Sunday 29 August 2010

Semarak Ramadhan Bersama IKRAM: IKRAM Prihatin










Alhamdulillah pada 28 - 29 hb Ogos 2010 telah berlangsung program Semarak Ramadhan Bersama IKRAM di Masjid Kg Parit Masjid Pontian dan sekitarnya. Mulai Sabtu tengah hari suatu gotong royong di antara ahli-ahli IKRAM Pontian dan masyarakat setempat / kari'ah Masjid telah diadakan bagi memasak bubur lambok sebanyak dua periuk besar. Bubur lambok dibungkus di dalam bekas dan diedar ke kawasan sekitar kampung selepas solat Asar. Mereka yang lalu lalang di hadapan masjid juga berpeluang menerima sebungkus/sebekas bubur lambuk IKRAM.

Majlis Berbuka Puasa dan i'tikaf di masjid berkenaan turut diadakan seterusnya qiyamulail dan sahur. Seramai 100 ahli IKRAM seluruh Pontian hadir bersama penduduk kampung, pelajar-pelajar sekolah dan kolej berhampiran.

Pada hari Ahad pagi pula, berlangsung program IKRAM PRIHATIN. Iaitu sumbangan bungkusan makanan (termasuk beras, gula tepung dll) kepada fakir miskin sekitar bandar Pontian. Ia di jangka disertai oleh sekitar 20 Kenderaan dengan dibantu oleh penduduk kampung. Sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim turut diadakan di sekolah agama Tengayun yang turut dihadiri Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah, Guru Besar dan ibu-ibu tunggal.

Paja jam 12.30 tengah hari, satu majlis khas diadakan bagi menghulurkan sumbangan IKRAM kepada saudara-saudara baru di pejabat Darul Ukhuwwah Pontian. Turut hadir ialah Pegawai Darul Ukhuwah Ustazah Nurashikin, Pengerusi badan Kebajikan Darul Ukhuwwah, En Mokhtar Tang Abdullah dan guru-guru serta sekitar 30 saudara baru di sekitar Pontian yang kebetulan sedang mengikuti kelas pengajian.

Kesemua perbelanjaan di atas diperolehi hasil sumbangan ahli-ahli IKRAM Pontian berempena Ramadhan. Ini adalah sebahagian usaha pendidikan ahli-ahai IKRAM bagi merasai keinsafan melalui aktiviti mengumpul sumbangan kewangan dan disumbangkan kepada mereka yang kurang berada. Sebagai pertubuhan yang menekankan pendidikan/tarbiyah kepada ahli-ahlinya, IKRAM berusaha menghidupkan Ramadhan melalui berbagai aktiviti dan melaksanakan program khidmat masyarakat serta sumbangan kepada mereka yang susah dan memerlukan.

1 comment:

  1. Moga kejayaan ini merintis kejayaan seterusnya. Insya Allah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...