Monday 24 May 2010

Jawatankuasa IKRAM Pontian Melangkah dengan Keyakinan

Di dalam Mesyuarat Penubuhan Daerah (MPD) IKRAM Pontian pada 21 April 2010 bersamaan 8 Jamadil Awal 1431, seramai 11 orang terpilih menerajui pertubuhan ini di daerah Pontian. Pada hari ini 24hb Mei 2010, empat lagi JK tambahan dilantik di dalam mesyuarat JK pertama, menjadikan JK IKRAM Pontian berjumlah 15 orang yang terdiri dari mereka yang sudah sekian lama berkecimpung di dalam kerja-kerja dakwah dan kemasyarakatan. Mereka juga dikalangan pimpinan masyarakat, pendidik, pentadbir, ahli profesional dan usahawan.

Kebanyakkan mereka memiliki pengalaman belajar dan aktif sebagai pemimpin pelajar di dalam dan ketika belajar di luar negara. Sebelum menyertai IKRAM, mereka sudah belasan tahun berpengalaman mengendalikan aktiviti dakwah, pelbagai kem motivasi dan ada juga yang berpengalaman memimpin institusi pendidikan Islam. Pengalaman yang luas dimiliki mereka semua meyakinkan bahawa IKRAM Pontian akan dapat digerakkan dengan berkesan Insya Allah bagi menyempurnakan matlamat penubuhan IKRAM.

IKRAM Pontian akan berusaha menawarkan pelbagai aktiviti, modul dan bimbingan kepada masyarakat, institusi dan agensi-agensi kerajaan dan swasta ke arah melahirkan individu yang bertaqwa dan masyarakat yang sejahtera. Pelbagai modul pendidikan, kebajikan, dakwah dan tarbiyah sudah tersedia untuk dilancar dan dilaksanakan. Dengan keahlian sehingga kini seramai 80 ahli, IKRAM akan memulakan pendekatan Taaruf, Tafahum dan Takaful (berkenalan, bersefahaman dan saling membantu) kepada masyarakat di daerah Pontian.

Beberapa biro di dalam struktur organisasi daerah diwujudkan yang diketuai oleh AJK sendiri akan membentuk JK kecil dan menawarkan kepada masyarakat pelbagai lapisan untuk menyertainya. Di antara yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ialah pendidikan dan dakwah Islam, kempen kefahaman Palestin melalui Aqsa Syarif, Tarbiyah dan Pendidikan anggota serta khidmat kemasyarakatan kepada masyarakat kampung dan taman.

Berikut adalah AJK IKRAM Pontian yang dipilih dan dilantik:-

PM Dr Mohd Zain Kandar

Tn Hj Mohd Ghazali Ibrahim

Hjh Haliza bt Abdul Malik

Ust. Suhaimi bin Jairi

Prof Dr Wahid Omar

Dr Mohd Soperi Bin Mohd Zahid

PM Dr Wan Saridan Wan Hassan

En. Radzuan Ahmad

En. Amran Rahmat

En. Abd Halim Mohd Ali

PM Dr Razali Ngah

Dr Faizol Amri

Amran Rahmat

Dr Muzaffar /En Ahmad Taufiq Jaafar

PM Mohd Nor b Othman

PM Dr Shamsudin Ahmad/ En Sazali b Abdul Manaf

Maklumat lanjut boleh menghubung YDP IKRAM Pontian di nombor 013-4352539 atau drzin2000@yahoo.com.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...