Monday, 7 November 2011

IKRAM Pontian Korbankan Lembu di tiga lokasi











Alhamdulillah dengan bimbingan dan koordinasi IKRAM Johor, IKRAM daerah Pontian melantik En Amran sebagai penyelaras daerah bagi mengumpulkan ahli-ahli IKRAM yang menyertai program korban di daerah Pontian. DI dalam mesyuarat JK Daerah, tiga lokasi dikenalpasti iaitu di Masjid Rimba Terjun, Surau Abdul Latif Jln Pt Masjid dan Masjid Jamek Bandar Benut.

Kumpulan-kumpulan usrah telah dibahagi-bahagikan dari segi tugasan untuk bersama masyarakat menjayakan korban yang dirancang dan Alhamdulillah ahli-ahli Ikram turun padang pada pagi hari selepas solat Eidul Adha.

Akhie Nizam yang menjadi 'orang kuat' di Masjid Benut memang mendapat pujian ustaz Hj Hatim Ahmad (JK Takmir) kerana keelokan budi dan kerajinan membantu apa juga program di Masjid. Padi program Qarban ini beliau banyak membantu dan membahagi-bahagikan daging Qur'ban. Di dalam gambar kelihatan beliau memberikan sebungkus daging Qurban kepada anggota Polis yang datang ke Masjid Benut.

Pengurusan korban lembu IKRAM di Masjid Rimb

a Terjun paling awal selesainya walaupun lembu tu no. 2 disembelih. Memang pantas pelapahnya..2 orang veteran kat situ..Penyembelihan dilakukan oleh tuan imam sendiri, Hj Zainal. Lembu IKRAM dah nak selesai barulah yang lain sampai selepas dilapah... ahli IKRAM pulang sekitar jam 12 tengahari dan kerja-kerja pembungkusan lembu IKRAM dah pun selesai.

Antara yg hadir di masjid Rimba Terjun ialah akh Ainullotfi sekeluarga, Ustaz Hairozi dan Sheikh Hameed dan pengurus korban, Cikgu Amran. Anak-anak IKRAM Teens yang tinggal berdekatan pun ada. Tahniah semuanya

Daging-daging dibahagi-bahagikan kepada orang miskin dan orang-orang Islam sekitar Pontian. Kerjasama dan hubungan dengan masyarakat dijalinkan bersempena program ini. Disamping kerja-kerja melapah daging, para aktivis IKRAM Pontian memeprkenalkan IKRAM dan potensi untuk menjalankan aktiviti bersama di antara IKRAM dan masjid dan surau di daerah Pontian.

Tahniah di atas semua ahli yang menyertai qarban dan tahniah juag kepada ahli-ahli dan pihak masjid/surau yang menjayakan program qur'ban tahun ini.

Rehlah Tautan Ukhuwwah IKRAM Pontian
















30 Oktober 2011, IKRAM Pontian sekali lagi berjaya menganjurkan Rehlah Tautan Ukhuwwah untuk ahli-ahlinya beserta keluarga masing-masing. Rehlah Tarbawiyah kali ini di adakan di Nurfa Farmstay di Pekan Nenas.
Dihandiri sekitar 100 orang, majlis dimulai dengan penerangan program oleh Sdr Mohd Nor Othman (sebagai Pengerusi Program), kemudian diikuti dengan tazkirah, stratching, taaruf dan beberapa aktiviti sukaneka, BBQ dan sebagainya.

Ustaz Suhaimi membawa tajuk Pengo
rbanan di dalam tazkirahnya, sesuai dengan kedatangan Eid=ul Adha. Beliau menekankan mengenai keistimewaan bulan zulhijjah yang mengandungi tiha (3) perkara penting bagi umat Islam iaitu (1). Ibadat Haji; (2). Ibadah Qurban; (3). Amalan-amala
n sunat bulan ramadhan sumpama berpuasa. Hadirin ya
ng hadir diisi dengan ilmu yang sangat berguna selain datang ke rehlah (picknic) ini melapangkan fikiran dan meningkatkan ukhuwwah sesama ahli.

Pelbagai acara sukaneka untuk anak-anak, ibu-ibu dan para bapa. Para bapa dan anak-anak yang besar bersungguh-sungguh menjalani aktiviti War-Game yang turut di uruskan oleh pelajar-peajar UTHM yang kebetulan menjalani program daurah di tempat yang sama.
Jamuan pelbagai juadah termasuk seekor kambing Aqikah anakanda Dr Zaharuddin.

Tahniah kepada semua yang hadir. Program serupa ini sememang sentiasa ditunggu-tunggu oleh ahli-ahli IKRAM dan ia merupakan program yang sangat menarik yang dapat mengumpulkan kesemua aktivis IKRAM Pontian.

Perjuangan Mencapai Kecemerlangan SPM ... sebagai langkah mula sebelum berjuang di Palestin !!


Alhamdulillah 2 Nov 2011 yang lalu Dr Mohd Zin (Alumni SMKPB) berkesempatan menyampaikan motivasi dan memberikan tip-tip akhir 12 hari sebelum SPM kepada anak-anak SMK Parit Betak Benut. Di akhir sesi motivasi diadakan tayangan video perkongsian A2G2 Palestin... sebagai inspirasi untuk mencapai kecemerlangan di dalam perjuangan ... SPM cemerlang. Para pelajar kelihatan teruja untuk membantu Kelab Sayangkan palestin Aqsa Syarif-SMKPB, namun mereka digesa untuk memberi penumpuan kepada peperiksaan SPM yang sudah hampir.


Sebelum berlepas pulang Dr Mohd Zin Juga berkesempatan mengadakan meeting dengan Kelab Syang Palestin Aqsa Syarif-SMKPB. Pameran dan ceramah di beberapa masjid di sekitar Benut & Rengit sedang dirancang oleh kelab tersebut dengan bimbingan Aqsa Syarif Pontian.

Ceramah Palestin di Sekolah Men Pt Betak & Pembentuk Sukarelawan Sayangkan Palestin


Pelajar-pelajar ting 3 yang beru tamat peperiksaan PMR telah mendapat pengisian dan pendedahan mengenai isu Palestin dan misi bantuan A2G & A2G2 yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar. Berlangsung di Sek Men Keb Pt Betak Benut Pontian pada 12 Okt 2011.

Ceramah yang bertajuk "Palestin Yang Kami Sayangi" melontarkan beberapa persoalan ... mengapa kita perlu sayang Palestin? Apa signifikannya Bumi Palestin ? dan beberapa soalan lain. Program ini menjurus kepada pelan tindakan dengan tujuan untuk melatih murid-murid menyertai perjuangan membantu Palestin.

Bermula dengan menayangkan beberapa Stem Hari Pertama yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia pada 21 Ogos 1978 dan 21 Ogos 1982 sebagai sokongan malaysia terhadap Palestin bersempena peristiwa sedih cubaan zionis membakar masjiddil Aqsa. Perjuangan menyokong perjuangan Palestin bukan perkara baru, malah malaysia sudah sekian lama melibatkan diri. Cumanya ramai dikalangan remaja kini kian lupa ... dan perlu diperingatkan akan peri pentingnya menyambung perjuangan agar Palestin dapat dibebaskan dari jajahan zionis Yahudi.

Ceramah ini mengajak para pelajar lepasan PMR untuk bersama-sama mengisi masa selepas peperiksaan untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan melalui kempen Kesedaran Sayangkan Palestin dikalangan masyarakat.

Selepas ceramah tamat, para pelajar terus ditawarkan peluang membawa tabung-tabung Palestin keseluruh bilik-bilik darjah dan seluruh sekolah. Alhamdulillah mereka begitu gembira menyahut tawaran dengan penuh kegirangan dan semangat.

Alhamdulillah, mereka akan menjadi sukarelawan Aqsa Syarif yang akan membantu dalam penganjuran ceramah-ceramah di sekolah-sekolah dan masjid-masjid di sekitar mukim Benut & Rengit sebagai sebahagian dari aktiviti Ko-K mereka Insya Allah. Usaha ini akan diselaraskan ddengan pihak sekolah.


Selain penjelasan mengenai sejarah dan realiti yang berlaku di Pale
stin serta pengalaman penyertaan wakil Malaysia di dalam konvoi kemanusiaan jalan darat pada tahun 2010 dan misi kemanusiaan Ramadhan pada 2011, para pelajar juga didedahkan mengenai peranan pelajar diperingkat individu agar sensitif terhadap perancangan Yahudi merosakkan remaja-remaja seluruh dunia khususnya remaja Islam dengan pelbagai hiburan. Isu pemboikotan khususnya makanan seperti Mc D, Coca Cola dan Nastle juga menjadi penumpuan di dalam program setengah hari yang disampaikan bekas pelajar sekolah ini.

Kebetulan pula penceramah program ini adalah merupakan bekas pelajar sekolah ini dan dua rakan beliau kini mengajar di sekolah ini iaitu Cikgu Saadon Saim dan Cikgu Md Zin Erjam.

Program Katibah Ikram Pontian Okt 2010


Alhamdulillah, program katibah dan qiyam telah berjaya di anjurkan oleh ahli-ahli laki-laki dan wanita di tempat berasingan.

Lelaki di adakan di Pejabat Ikram Pontian dan di Masjid AL-Azim Kg Pt Semerah.
Perempuan di salah sebuah rumah ahli Ikram di Tmn Pulai Indah.

Pengisian kali ini disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Jairi dengan tajuk Ma'ayatillah (Hubungan Hati dengan Allah). Ustaz Suhaimi menjelaskan pengertian dan pelaksanaan hubungan seorang hamba dengan Allah di dalam pelbagai bentuk, suasana dan keadaan yang seharusnya menjadi amalan orang-orang mukmin. Kehidupan dan nikmat yang didatangkan oleh Allah adalah perlu diinsafi dan seharusnya semuanya digunakan untuk mempertingkatkan hubungan hati sesaorang dengan Allah. Umpamanya jika kita diberi Allah rezeki untuk memiliki kereta yang elok, sewajarnya kita gunakan untuk kerja-amal dakwah dan tarbiyah.

Katibah adalah salah satu wasail tarbiyah ahli-ahli IKRAM untuk mempertingkatkan aspek ruhi dan mengeratkan hubungan ukhuwwah sesama ahli.

Tahniah kepada mereka yang berjaya menghadirkan diri.

Saturday, 17 September 2011

Program Jamuan & Sambutan Hari Raya Daerah Pontian









Alhamdulillah majlis ramah mesra Aidil Fitri Pertubuhan IKRAM daerah Pontian telah berjaya di adakan pada 25 hb September 2011 (Ahad pagi) yang diadakan di Dewan Seminar Masjid Jamek Bandar Pontian. Majlis dihadiri oleh ahli-ahli IKRAM daerah Pontian bersama ahli keluarga. Turut hadir ialah para muslimah dari Persatuan ibu tunggal Pontian.
Di antara tetamu khas yang turut hadir ialah Pengerusi Darul Hidayah (Pertubuhan Saudara Bar Pontian), Pengerusi JK Masjid Kg Pt Semerah, Ustaz Asari Tibek - Pengerusi YADIM Johor dan beberapa pemimpin masyarakat Pontian.

Majlis dipenuhi dengan ucapan memperkenalkan IKRAM, Perkongsian A2G2 Ramadhan di Palestin bersama Aqsa Syarif, Tazkirah Syawal, Montaj Ikram Teen dan Motaj IKRAM Pontian.



Friday, 16 September 2011

Ramadhan Berlalu, Amal Terus Dipacu



Ramadhan al-mubarak sebagai bulan yang penuh keberkatan, bulan pahala digandakan di atas segala amalan, bulan kempunan bagi hamba-hambanya yang bertaubat, kini sudah berlalu.

Meninggalkan manusia dengan pelbagai pencapaian masing-masing. Mungkin ada yang begitu puas dengan berlalunya Ramadhan kerana pelbagai kemanisan ibadat dan amalan dapat dikecapi. Mungkin ada yang sedih kerana Ramadhan tidak dapat dilalui dengan sebaik-baiknya dek kerana urusan duniawai yang menuntut waktu.

Apapun, kini peluang seumpama Ramadhan sememang sudah berlalu, namun medan amal tetap terbuka luas. Malahan perginya Ramadhan seharusnya telah membekalkan kita dengan pelbagai kekuatan untuk meneruskan perjalanan.

Sebahagian ulama' menjelaskan bahawa Ramadhan adalah permulaan amal bagi mukmin bagi mendapat bekalan untuk melalui sebelas bulan dengan penuh bekalan dan kekuatan sebelum datangnya Ramadhan sekali lagi untuk orang mukmin mengutip bekalan-bekalan.

Apa tidaknya, banyak amalan-amalan mukmin yang sukar untuk dilakukan di bulan-bulan lain, sebaliknya pada Ramadhan pelbagai perkara baik dilakukan samaada secara fardi mahupun jama'ie. Segala amalan-amalan tersebut sebenarnya memberikan kekuatan dan bekalan. Maknanya itulah bekalan yang dikutip mukmin bagi meneruskan amalan-amalan mulia seperti dakwah dan tarbiyah selepas berlalunya Ramadhan.

Masyarakat yang memerlukan bimbingan para mukmin yang sedar seharusnya terus melipatgandakan usaha dalam pelbagai kerja-kerja dakwah di dalam masyarakat. Masarak secara umumnya ramai yang perlukan panduan dan bimbingan dari jamaah dakwah dan jamah kebajikan seperti IKRAM.
Para aktivis IKRAM harus terus memacu amal di dalam masyarakat dengan berbagai aktiviti. Setiap ahlinya harus segera meletakkan dirinya dimana-mana jawatankuasa agar IKRAM dapat terus bergerak meluncur membawa misi murni di dalam masyarakat.

Pelbagai agensi sudah diwujudkan... wanita, pemuda, remaja, kebajikan, pembangunan masyarakat, keprihatinan sejagat (Aqsa Syarif & Salam Iraq), tarbiyah, dakwah bukan Islam dan macam-macam lagi. Ayuh ahli-ahli IKRAM, setelah Ramadhan kita allui dengan jayanya, kini masa untuk kita terus memacu amal yang murni. Amal Dakwah Islami.

Friday, 19 August 2011

IKRAM PRIHATIN - BINGKISAN RAMADHAN




Sukacitanya majlis di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Ogos 2011 (Ahad)
Masa : 9.00 am
Tempat berkumpul ; Pejabat Ikram Pontian

Sehubungan dengan itu, semua ikhwah dan akhawat dijemput hadir untuk membantu melicinkan pengurusan dan penyampaian semua bungkusan kepada keluarga miskin di sekitar Pontian.

Semoga Allah memudahkan urusan kita semua, memberkati amal suci kita dan memancarkan sinar dakwah kita di daerah ini.


AJK dan ahli-ahli IKRAM Pontian telah turun padang mengedarkan bantuan untuk mereka yang memerlukan bantuan ketika ketibaan Hari Raya. Bungkusan barang-barang makanan dan wang tunai di edarkan ke beberapa kampung dan sekitar daerah Pontian.


Sunday, 14 August 2011

IHYA RAMADHAN: IFTAR JAMAIE & PELANCARAN TABUNG INFAQ RAMADHAN

Alhamdullilah, pada 6 Ogos 2011 bersamaan 6 Ramadhan 1432, Pertubuhan IKRAM Malaysia cawangan Pontian dengan kerjasama Jawatankuasa dan ahli-ahli kariah masjid Jamek Al-Faizin Kg Pt Semerah telah mengajurkan Iftar Jamaei dan pelancaran tabung Infaq Ramadhan.

Majlis berkenaan dimeriahkan lagi dengan “Program IKRAM Junior: I Love Ramadhan” yang bermula pada 5 petang pada hari dan tempat yang sama. Program tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Aulad IKRAM Pontian. Antara akitiviti program IKRAM Junior adalah tazkirah, peraduan mewarna, sesi bercerita dan tayangan.



Tazkirah Ramadhan



Peraduan mewarna



Sesi bercerita dan tayangan


Sekitar 100 pengunjung hadir di dalam majlis Iftar Jamaei yang terdiri daripada ahli dan keluarga IKRAM Pontian, Pegawai-pegawai dan jamaah masjid Jamek Kg Pt Semerah Pontian. Selepas solat Tarawih, diadakan majlis pelancaran 3 tabung Infaq Ramadhan: Tabung Rayuan Ramadhan, Tabung Palestin A2G2 dan Tabung IKRAM Perihatin - Bingkisan Ramadhan. Dalam majlis perlancaran tersebut, TYDP, Tn Hj. Ghazali telah menerangkan objektif setiap tabung. YDP PM Dr Mohd Zin Kandar selaku peserta Misi Kemanusian ke Gaza turut menerangkan lebih lanjut berkenaan Tabung Palestin A2G2.

Program Ihya Ramadhan diteruskan dengan program Qiam dan tazkirah.



Iftar jamaei






TYDP menyampaikan ucapan pelancaran



YDP menerangkan lebih lanjut mengenai A2G2


Para pendengar majlis pelancaran



Para petugas



Tazkirah oleh Ust. Suhaimi





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...