Saturday, 23 April 2011

Persiapan Akhir Sebelum Perasmian Kompleks IKRAM Johor






JK IKRAM Negeri Johor kelihatan membuat persiapan terakhir sehingga malam ... dan dimaklumkan sehingga melangkau hari ... memastikan hari perasmian kompleks IKRAM ini semuanya tersedia.
Begitulah komitmen dan pengorbanan para pimpinan kita ... bukan sekadar mencurah pemikiran ... namun juga masa dan tenaga. Allahuakbar...!


Warna-warni di majlis perasmian kompleks IKRAM Johor

















Perasmian Kompleks IKRAM Johor Meriah







23 April 2011, Johor Bahru - Satu lagi sejarah dilakarkan oleh IKRAM Johor apabila kompleks IKRAM Johor dirasmikan oleh Presidan IKRAM di salam satu majlis gilang gemilang.

Majlis dihadiri bukan sahaja oleh ahli-ahli IKRAM tetapi juga tetamu dari kalangan NGO dan pertubuhan-pertubuhan serta institusi-institusi seperti masjid, sekolah dll.

Presidan IKRAM Malaysia Yg Bhg. Ust. Dr Ahmad Parid telah hadir merasmikan kompleks IKRAM Johor. Menurut YDP IKRAM Johor, Prof Dr Arshad, Kompleks IKRAM Johor ini adalah tempat aktiviti dan pejabat operasi yang akan menggerakkan para jawatankuasa dan ahli-ahli untuk melaksanakan misi dan visi IKRAM.

Pada sebelah petang, di dewan Al-Banna (di tingkat 1) pula berlangsung mesyuarat agung tahunan Perwakilan IKRAM Negeri Johor.

Pendedahan Palestin dan Gaza di Sek Men Dato' Penggawa Barat Pontian








23 April 2011, seramai tiga ratus pelajar-pelajar asrama Sekolah Dato' Penggawa Barat telah mendapat pendedahan mengenai isu Palestin dan pengalaman konvoi A2G merentasi benua eropah serta menembusi tembuk sekatan ke Gaza. Bermula selepas solat Maghrib sehingga berakhir jam 9.30 malam, sesi perkongsian disampaikan oleh PM Dr Mohd Zin Kandar dengan persembahan slides gambar-gambar dan video mrnganai Palestin dan Gaza.

Dr Mohd Zin sesekali menekankan aspek motivasi kepada pelajar-pelajar di samping isu Palestin yang dibicarakan. Perlunya para pelajar membina jatidiri sebagai umat Islam, penumpuan kepada pelajaran dan pencapaian kecemerlangan akademik adalah di antara fokus ceramah beliau.

Isu kezaliman rejim zionis Israel yang berterusan semenjak tahun 1947 dihuraikan di samping nasib malang rakyat Palestin yang telah kehilangan tanah dan hak untuk hidup di bumi sendiri. Intifadah (uprising) yang dilakukan penduduk Palestin dan perlunya membantu memperolehi semula Masjidil Aqsa dari cengkaman Israel turut dihuraikan bagi menyedarkan pelajar akan tanggungjawab memiliki sifat prihatin terhadap perjuangan rakyat Palestin dan usaha-usaha yang dijalankan Aqsa Syarif.

Turut hadir ialah ketua warden asrama, Ustaz Haris Mustafa, cikgu Rashid dan warden-warden asrama putera & puteri. En Abdul Halim (Pengerusi J.Kuasa Belia Remaja IKRAM Pontian) dan Muhammad Aiman Mohd Zin turut membantu dari aspek teknikal, kutipan derma dan jualan coklat Aqsa Syarif.

Sambutan dari para pelajar sekolah berasrama ini sungguh berkesan dan ramai dari pelajar terus bergegas balik ke asrama masing-masing untuk mengambil duit bagi membeli coklat Aqsa Syarif dan menghulurkan sumbangan ke tabung Aqsa Syarif.

Kesemua coklat sekitar 80 keping habis terjual dan sumbangan diterima dari pelajar-pelajar berjumlah RM106.80. Sesungguhnya nilai tersebut sangat besar jika dilihat dari aspek keadaan pelajar-pelajar yang masih berada di tingkatan 1-5 di sekolah berasrama. Tahniah SDPB kerana memiliki anak-anak murid yang begitu berhati mulia dan prihatin. Allahu Akbar.

Friday, 22 April 2011

Khatibah Bulanan (April 2011) Berjalan Lancar





Khatibah yang merupakan program bulanan IKRAM daerah Pontian diadakan dengan jayanya bulan ini. Bagi ahli-ahli IKRAM wanita Pontian (akhawat), ianya telah di adakan di Taman Pulau Indah pada 19hb April 2011. Pengisian oleh Ustaz Suhaimi Jari membawa tajuk "al-qu'ud" (meninggalkan amal Islami). Ini merupakan buat pertama kali tajuk ini disampaikan dan akhawat yang hadir begitu puas dan terasa terisi.

Manakala untuk ahli-ahli dikalangan ikhwah (laki-laki) khatibah bulan ini diadakan di Pejabat IKRAM Pontian. Bermula dengan solat Isya' berjamaah, kemudian diikuti dengan membaca zikir/wirid mat'surat jamai, bacaan suarh al-Mulk dan seterusya acara pengisian oleh Ust Suhaimi Jari.

Tajuk yang disampaikan ustaz ialah "Mengenali Tanda-tanda Kelemahan Iman dan Bagaimana Mengatasinya". Di antara sebab-sebab kelemahan iman ialah orang munafiq, orang kafir, syaitan dan nafsu yang ada di dalam diri. Oleh itu para ikhwah diingatkan akan musuh-musuh diri yang ingin menjaga keimanan kita. Jika dibiarkan diri ini dengan melayani musuh-musuh iman, berkemungkinan lama kelamaan akan kecundang orang-orang mukmin dan iman kita boleh menurun. Oleh itu usaha dan mujahadah adalah langkah mendepani ujian-ujian diri untuk beriman.

Perkara penting di dalam melawan agar iman tidak mudah ditewaskan ialah dengan bergaul dengan orang-orang yang solah atau suasana-suasana yang soleh. Suasana soleh seumpama berada di dalam sistem tarbiyah iaitu usrah mingguan, khatibah bulanan, amal fardi (zikir, matsurat, solat, tilawah dll), muqayam, berdakwah dll adalah di antara kaedah-kaedah efektif untuk menjaga iman.

Setiap orang yang beriman sememang sentiada dicabar oleh persekitaran yang ada hari ini. Oleh itu orang-orang yang beriman perlu banyak mujahadah. Sentiasa memohon pertolongan dan bantuan Allah ketika berseorangan mahupun ketika berjamaah. Allah sangat dekat dengan kita dan perlu kita sentiasa rasai Allah sayangkan kita. Cuma perlulah kita sentiasa merasai kehadiran dan kebesarannya.

Kesimpulannya, tanda-tanda kelemahan iman memang dapat kita kenali di dalam diri dan jika mulai menyerang diri kita, bersegeralah melawannya khususnya melalui penglibatan di dalam aktiviti-aktiviti tarbiyah dan dakwah.

Khatibah kali ini turut disertai oleh anak-anak ahli dari kalangan remaja dan pemuda. Alhadulillah dan semoga ikhwah, akhawat dan keluarga sentiasa diberkati Allah.

Monday, 18 April 2011

Kuliah Bulanan Ust Suhaimi di Pejabat Ikram Pontian




17 April 2011 jam 10.00 pagi telah berlangsung kuliah bulanan Ust Suhaimi Jari (Setiausaha Agung IKRAM Pontian) di pejabat IKRAM Pontian. Dihadiri oleh rakan dan kenalan aktivis IKRAM Pontian, kuliah menghuraikan tajuk asas berkaitan keimanan dan ruang lingkup ibadah. Makna ibadah, ciri-ciri ibadah dan kewajipan menjadikan kehidupan diri, keluarga dan di tempat kerja sebagai ibadah.

Merujuk kepada buku "APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM" oleh Syeikh Fathy Yakan, Ust Suhaimi menghuraikan dan memberi contoh-contoh semasa yang bertepatan dengan kehidupan seharian. Ibadah suatu yang mudah difahami dan mudah pula dilaksanakan secara berkesan, kecuali mereka yang tidak berilmu dan lalai. Oleh itu Ust Suhaimi mengajak para hadirin untuk terus melipatgandakan usaha memperbaiki dairi, menghadiri majlis-majlis ilmu agar kehidupan kita tidak terkeluar dari lingkungan ibadah walaupun sesaat. Alhamdulillah dan tahniah kepada usaha Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat IKRAM Pontian.

Lihat sedikit sedutan ceramah di bawah.
video

Monday, 11 April 2011

Daurah ahli-ahli di Pejabat IKRAM menarik



Ahad 10 Apr 2011 telah berlangsung daurah tarbawi ahli-ahli IKRAM Pontian di pejabat IKRAM pontian, bermula dari 9.20am hingg 12.50pm. Dua tajuk pengisian telah dibentang dan dibincangkan yang disampaikan oleh Dr Mohd Zin Kandar - Permasalahan Ummat dan Dr Zaharuddin - Kepentingan Tarbiah.

Perbincangan tajuk pertama tertumpu kepada sejarah ringkas dakwah Rasulullah dan bagaimana ummah Islam di bawah didikan Rasulullah berkembang dan berjaya menarik masyarakt dunia untuk menganutinya. Namun di atas kecuaian ummat selepas itu dan bersungguhnya perancangan musuh-musuh, akhirnya ummat menerima nasib malang dan banyak negara-negara Islam di jajah. Krisis demi krisis dihadapi ummah sehingga ke hari ini, ummah masuh sukar untuk bangun melaksanakan Islam yang syumul.

Tajuk ke dua menjelaskan dengan terperinci pengertian tarbiah, kepentingan dan signifikannya tarbiyah di dalam membangun peribadi Muslim, keluarga muslim dan masyarakat muslim. Kisah dan kejayaan masyarakat Islam awal di bawah bimbingan Rasulullah SAW adalah contoh terbaik bagaimana natijah dari program tarbiyah itu berjaya dilaksanakan dan berjaya menghasilkan natijah-natijah amal Islami yang mulia dan hebat.

Daurah bulanan ini adalah sebahagian dari program khas yang disusun untuk memberikan pengisian dan pendedahan kepada anggota-anggota IKRAM yang baru menyertai pertubuhan ini. Tarbiyah di dalam pertubuhan IKRAM di jalan dipelbagai bentuk seperti Usrah, Daurah dan lain-lain.

Para peserta lazimnya akan didedahkan dengan konsep-konsep kefahaman Islam yang asas dan konsep pembangunan individu yang akan berupaya memiliki ciri-ciri muslim sejati. Tahniah kepada Jawatankuasa Tarbiyah IKRAM Pontian di atas usaha tersebut dan tahniah kepada ahli-ahli yang hadir.

video

Friday, 1 April 2011

Mesyuarat Agung Daerah Ikram Pontian







Mesyuarat Agung Daerah (MAD) kali ke 2 IKRAM Pontian telah selamat diadakan pada Sabtu, 26hb Mac 2011, bertempat di Dewan Seminar, Masjid Jamek Pontian.

Ucapan telah disampaikan YDP IKRAM Pontian, PM Dr Mohd Zin Kandar menyentuh beberapa perkara asas mengenai misi mengapa IKRAM ditubuhkan.

Dimulai dengan firman Allah yang menyentuh betapa sayangnya Rasulullah SAW di datangkan sebagai nabi terakhir yang sangat memiliki sayang kepada ummat manusia agar manusia beriman; Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan olehmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin” [At-Taubah : 128].

Sifat tersebutlah yang seharusnya menjadi pakaian ahli-ahli IKRAM yang sentiasa menginginkan sesiapa sahaja disampingnya beriman dan berusaha untuk mengajak rakan, taulan dan sesiapa di sekeliling kita mendapat tempias iman.

Bagi menjalankan misi tersebut, Allah juga memberi jalan berikut; Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).’ (Al-Ahzab 21).

Kehebatan Rasulullah tercerna di dalam keseluruhan hidup baginda. Lihatlah di dalam kehidupan baginda;

uPribadi
uKeluarga
uSahabat-sahabatnya
uDalam mengurus jamaah
uDalam mengurus negara
uDalam mengurus bala tentera
Itulah contoh ikutan terbaik buat kita ahli-ahli IKRAM.
Untuk mencapai upaya seperti itu, atau setidak-tidaknya ingin mendekati kualiti tersebut, prasyaratnya ialah perlunya mujahadah dan jihad dari dalam diri. Bermula dengan mujahadah melawan nafsu untuk mendidik hati dan pemikiran dengan bahan-bahan bersumberkan Qur'an dan Sunnah.
Pertubuhan IKRAM telah memangunkan pelbagai modul untuk dilalui oleh semua ahli-ahli. Sambil para ahli melalui modul-modul dakwah dan tarbiyah IKRAM, sebarluaskan juga kepada masyarakat di Potian khususnya. Ramai yang sedang 'menunggu-nunggu' menantikan mereka diberitahu dan diajak untuk mengikuti modul atau manhaj yang dimiliki IKRAM.
Seterusnya para hadirin dibawa merenung kepada ayat berikut; "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?, Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)., (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar" .
Di dalam surah lain dijelaskan Allah akan signifikannya amal dan mujahadah setiap hamba-hamba Allah; Al-Ankabut [29:6] ”Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk”.
Di dalam ucapan YDP, beliau turut mengucapkan terima kasih di atas usaha-usaha dan kerja-kerja yang digemblingkan oleh semua Jawatankuasa dan ahli-ahli sehingga IKRAM dikenali di dalam Masyarakat. Mudah-mudahan apa yang telah dilakukan menjadi titik tolak masyarakat mengenali Islam dengan perspektif yang lebih sempurna, seterusnya mencintai dan mengamalkan Islam sebagai carahidup (Ad-din). Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh PM Zakaria Yusof sebagai pengerusi tetap dan setiausaha agung iaitu Ust Suhaimi Jari, turut membentangkan aktiviti-aktiviti sepanjang 1 tahun yang lalu yang berjaya dijalankan. Turut dibentangkan ialah laporan kewangan oleh bendahari IKRAM Pontian, PM Dr Wan Saridan. MAD tahun ini tidak dijalankan pemilihan kerana pemilihan jawatankuasa hanya di adakan sekali setiap dua tahun sebagaimana yang tertera di dalam undang-undang tubuh IKRAM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...