Friday 6 May 2011

DR AZZAM TAMIMI DI JOHOR





Alhamdulillah pada 2 Mei 2011, Dr Azzam Tamimi, seorang intelek, penyelidik dan pejuang Palestin yang kini menetap di London telah diundang oleh AQSA dan berkesempatan mengadakan tour Malaysia termasuk di Johor.

Tiga sesi diadakan di Johor, iaitu di pejabat IKRAM Johor bersama ahli-ahli IKRAM, di hotel M-Suite bersama para usahawan dan pada malamnya di UTM memberi ceramah umum.

Ceramah beliau berkisar isu peraliahn kuasa di beberapa negara timur tengah khususnya di Mesir dan Tunisia yang memberikan suatu tamparan hebat kepada kuasa barat serta Israel.

Masa depan Palestin yang semakin baik, di ulas dengan pelbagai fakta, senario dan perkembangan semasa. Perjuangan perlu terus dilipatgandakan dan para pejuang Palestin perlu memiliki kefahaman yang jelas, bukan sekadar apa yang berlaku hari ini, malah perlu memahami sejarah dengan perspektif yang tepat.

Sambutan hangat dari masyarakat di Johor telah memberikan kesan yang positif di atas kunjungan Dr Azzam di Johor. Terlalu banyak ilmu yang perlu digali dari Dr Azzam. Insya Allah kesempatan lain akan terus diusahakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...