Saturday 17 September 2011

Program Jamuan & Sambutan Hari Raya Daerah Pontian









Alhamdulillah majlis ramah mesra Aidil Fitri Pertubuhan IKRAM daerah Pontian telah berjaya di adakan pada 25 hb September 2011 (Ahad pagi) yang diadakan di Dewan Seminar Masjid Jamek Bandar Pontian. Majlis dihadiri oleh ahli-ahli IKRAM daerah Pontian bersama ahli keluarga. Turut hadir ialah para muslimah dari Persatuan ibu tunggal Pontian.
Di antara tetamu khas yang turut hadir ialah Pengerusi Darul Hidayah (Pertubuhan Saudara Bar Pontian), Pengerusi JK Masjid Kg Pt Semerah, Ustaz Asari Tibek - Pengerusi YADIM Johor dan beberapa pemimpin masyarakat Pontian.

Majlis dipenuhi dengan ucapan memperkenalkan IKRAM, Perkongsian A2G2 Ramadhan di Palestin bersama Aqsa Syarif, Tazkirah Syawal, Montaj Ikram Teen dan Motaj IKRAM Pontian.



Friday 16 September 2011

Ramadhan Berlalu, Amal Terus Dipacu



Ramadhan al-mubarak sebagai bulan yang penuh keberkatan, bulan pahala digandakan di atas segala amalan, bulan kempunan bagi hamba-hambanya yang bertaubat, kini sudah berlalu.

Meninggalkan manusia dengan pelbagai pencapaian masing-masing. Mungkin ada yang begitu puas dengan berlalunya Ramadhan kerana pelbagai kemanisan ibadat dan amalan dapat dikecapi. Mungkin ada yang sedih kerana Ramadhan tidak dapat dilalui dengan sebaik-baiknya dek kerana urusan duniawai yang menuntut waktu.

Apapun, kini peluang seumpama Ramadhan sememang sudah berlalu, namun medan amal tetap terbuka luas. Malahan perginya Ramadhan seharusnya telah membekalkan kita dengan pelbagai kekuatan untuk meneruskan perjalanan.

Sebahagian ulama' menjelaskan bahawa Ramadhan adalah permulaan amal bagi mukmin bagi mendapat bekalan untuk melalui sebelas bulan dengan penuh bekalan dan kekuatan sebelum datangnya Ramadhan sekali lagi untuk orang mukmin mengutip bekalan-bekalan.

Apa tidaknya, banyak amalan-amalan mukmin yang sukar untuk dilakukan di bulan-bulan lain, sebaliknya pada Ramadhan pelbagai perkara baik dilakukan samaada secara fardi mahupun jama'ie. Segala amalan-amalan tersebut sebenarnya memberikan kekuatan dan bekalan. Maknanya itulah bekalan yang dikutip mukmin bagi meneruskan amalan-amalan mulia seperti dakwah dan tarbiyah selepas berlalunya Ramadhan.

Masyarakat yang memerlukan bimbingan para mukmin yang sedar seharusnya terus melipatgandakan usaha dalam pelbagai kerja-kerja dakwah di dalam masyarakat. Masarak secara umumnya ramai yang perlukan panduan dan bimbingan dari jamaah dakwah dan jamah kebajikan seperti IKRAM.
Para aktivis IKRAM harus terus memacu amal di dalam masyarakat dengan berbagai aktiviti. Setiap ahlinya harus segera meletakkan dirinya dimana-mana jawatankuasa agar IKRAM dapat terus bergerak meluncur membawa misi murni di dalam masyarakat.

Pelbagai agensi sudah diwujudkan... wanita, pemuda, remaja, kebajikan, pembangunan masyarakat, keprihatinan sejagat (Aqsa Syarif & Salam Iraq), tarbiyah, dakwah bukan Islam dan macam-macam lagi. Ayuh ahli-ahli IKRAM, setelah Ramadhan kita allui dengan jayanya, kini masa untuk kita terus memacu amal yang murni. Amal Dakwah Islami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...