Wednesday 30 May 2012

Tabung Untuk Syria

Telah banyak kita perkatakan tentang kezaliman yang berlaku ke atas rakyat Syria. Kini ruang untuk menyumbang terbentang luas. 


Wednesday 16 May 2012

Kuliah Dhuha


Dijemput semua hadir kuliah 2 minggu sekali ini..

Monday 14 May 2012

Barisan Kepimpinan baru 2012-2014


Berikut adalah Barisan kepimpinan IKRAM Johor Sesi 2012-14 
yang telah dipilih dalam MPN IKRAM Negeri Johor pada 13 Mei 2012.
a.    Yang DiPertua: Prof. Madya Ainullotfi b. Abd Latif
b.    Timbalan Yang DiPertua: Prof. Madya Ust. Ajmain b. Safar
c.    Setiausaha: Prof. Madya Dr. Mohamed Ruslan b. Abdullah
d.    Penolong Setiausaha: Prof. Madya Dr. Sulaiman b. Mohd Nor
e.    Bendahari: Hj Abdul Razak Jambari
f.     AJK (7 orang yang dipilih oleh MPN)
             i.      Ust. Mohd Hairozi b. Muhamad
            ii.      Prof. Dr. Noor Azlan b. Ahmad Zanzali
           iii.      Prof. Madya Dr. Ali b. Abd Rahman
           iv.      Ahmad Hisham b. Ahmad Walat
            v.      Aminuddin b. Alias
           vi.      Dr. Ahmad 'Athif b. Mohd Fauzi
         vii.      Ramlah bt. Abdul Rahim@Nailah Tang
Pengerusi Tetap: Ustaz Ahmad Puaad b. Abd Rahman
Timb. Pengerusi Tetap: Haji Ahmadon b. Bakri
Pemeriksaan Kira-kira I: Ahmad Zaidon b. Rais
Pemeriksaan Kira-kira II: Mohd Hatta b. Hussin

Barisan kepimpinan Wanita IKRAM Johor  Sesi 2012-14 
(Dipilih semasa MPWN pada 12 Mei 2012)
 Ketua Wanita: Hjh Mahayati bt. Ibrahim
Timb Ketua Wanita: Ustazah Shahidah bt. Sheikh Ahmad
Setiausaha: Prof. Madya Dr. Khairul Sozana Nor bt. Kamarudin 
Bendahari: Zalilah bt.Ibrahim
Ahli Jawatankuasa
       i.      Pn. Noorlia  bt. Abdul Hamid
      ii.      Dr. Wan Fadilah bt. Wan Ismail
     iii.      Pn. Rahimah bt. Abdul Rahman

Pengerusi Tetap: Hjh Sumilah bt. Marto
Timbalan Pengerusi Tetap: Hjh Hidayat bt. Tahir

Pemeriksa Kira-kira 1: Pn. Shamtidar bt. Boahari
Pemeriksa Kira-kira 2; Cik Rafidah bt.Mahat.

Monday 7 May 2012

Belia IKRAM Pontian @ Petit Climbing Center, Johor Bahru

Petit Climbing Center terletak di Taman Saujana, Plentong. Pusat sukan memanjat ini diusahakan oleh beberapa orang anak muda yang aktif dalam sukan init dan baru dibuka sepenuhnya kira-kira setahun lepas. Bagus untuk bawa anak2 muda ke sini.Yurannya sebanyak RM 17. Dibuka 10 pagi - 10 malam.

Boleh 'tryout session' atau dilatih secara professional. Ada 4 climbing wall  dan 1 wall menggunakan tali (belum mencuba sebab sedang dibaiki). Pasti digemari anak muda ..Si kecil juga boleh mencuba..yang veteran,tak terlalu lambat untuk mencuba. Semalam, semasa kami ke sana,teruja juga mendengar pengalaman En Rauf bersama-sama rakan menceritakan pengalaman bertahun-tahun didalam  dan luar negara. Paling best,pengalaman 5 hari memanjat termasuk bermalam di 'khemah tergantung'

Berikut ialah gambar-gambar semasa JK Remaja dan Belia IKRAM Pontian dan rakan-rakan yang diketuai oleh  Dr Abd Rahman Tamuri dalam sesi 'tryout' semalam. Gambar2 lain di facebook IKRAMTeens Pontian. InsyaAllah ,kami pasti akan kembali lagi .





Tuesday 24 April 2012

Senarai penuh AJK 2012-14

Senarai penuh barisan AJK IKRAM Pontian 2012-2014
selepas mesyuarat pertama malam tadi (23-4-2012):

YDP: Ustaz Suhaimi Jairi
TYDP: Hj Mohd Ghazali Ibrahim
SU: Dr Zaharuddin Mohamed
PSU: Sazali Abd Manaf
BH: Dr Wan Saridan Wan Hassan

AJK
Tarbiah: Hj Mohd Ghazali Ibrahim
Belia dan Remaja: Dr Abdul Rahman Tamuri 
Pembelaan Umat Sejagat: Dr Faizul Amri Adnan
Baitul Muslim: Md Nor Othman
Pembangunan Masyarakat: Amran Rahmat
Dakwah: Dr Razali Ngah
Media: Abdul Halim Mohd.Ali
 

Sunday 22 April 2012

AJK IKRAM Pontian sesi 2012-14

Tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada barisan baru AJK IKRAM Pontian 2012-2014 yang dipilih semasa Mesyuarat Agung Daerah ke -2 pada 22 April 2012 bertempat di Hotel Pontian. 

YDP: Ustaz Suhaimi jairi
TYDP: Hj Ghazali Ibrahim
SU: Dr Zaharuddin Mohamad
PSU: Sazali Abd Manaf
BH: Dr Wan Saridan Wan Hassan
AJK: Amran Rahmat, Abdul Halim Mohd Ali, Dr Faizul Amri, Abdul Haq Mohd Nor dan Dr Razali Ngah





Tuesday 3 April 2012

Penubuhan sayap wanita IKRAM Pontian

Tahniah kepada jawatan kuasa Wanita IKRAM Pontian yang dilantik semalam.  Semoga bersama membawa perubahan kepada dakwah khususnya diPontian

Monday 2 April 2012

Jom Futsal !


1 April. Alhamdulillah, 8 pasukan remaja dan belia telah bertanding dalam Program 'Jom Futsal' anjuran JK Remaja dan Belia IKRAM Pontian ini. Tahniah kepada semua yang bertanding. Semoga bertambah sihat dan bertambah ukhwah diantara kalian.

Kedudukan pasukan:
Johan; SDAHA B
Naib Johan: Belia IKRAM A
Tempat ke tiga: Perdana FC

Terimakasih kepada Ustaz Suhaimi Jairi (SU IKRAM Pontian) yang telah memberi tazkirah pada sesi rehat. Terimakasih juga kepada YDP IKRAM Pontian, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar yang telah hadir dan menyampaikan hadiah.
Terimakasih juga kepada 2 pasukan dari Rakan Masjid Taman Sri Pulai Perdana yang hadir dari jauh.Juga pasukan Bola Pecah yang datang dari Taman Pulai Jaya,

Friday 30 March 2012

Jom Jadi Insan Cemerlang di SMK Benut


12 Mac 2012.- Seramai 93 orang pelajar tingkatan 2 dan 3 KAA (Kelas Aliran Agama) dan RK (Rancangan Khas) SMK Sri Tanjung, Benut telah menghadiri program ini. Tahniah semuanya. Ucapan terimakasih kepada pihak sekolah yang telah menjemput kami buat kali ke-2.

Terimakasih juga kepada penceramah: Saudara Halim Ali (JK Remaja dan Belia) dan Ustaz Fadhli ( IKRAM Kluang), juga kepada semua fasilitator. 

Monday 26 March 2012

Usrah Gabungan 20 Mac 2012


Halaqah SMKDPB dah bermula..

Inline image 2Inline image 1Inline image 3
Inline image 5Inline image 4Inline image 6

Disertakan gambar halaqah remaja di Surau SMK Dato'Penggawa Barat pada Jumaat 23 Mac lepas. 27 orang pelajar  lelaki, dan 53 orang pelajar perempuan  telah hadir. Insyaallah halaqah kali ke-2 pada 6 April 2012. Moga Allah memudahkan segalanya. Aminn..

JOM FUTSAL..


Monday 19 March 2012

Program Asnaf Fakir Pontian

Alhamdulillah, hari iniJumaat 16 Mac 2012 Program Asnaf Fakir Pontian telah berjaya dijalankan antara Islamic Relief Malaysia (IRM) dan IKRAM Pontian dengan kerjasama penduduk tempatan. Pihak Islamic Relief Malaysia (IRM) diwakili oleh Saudara Shahrir dan IKRAM Pontian diwakili oleh Ustaz Suhaimi dan isteri serta beberapa ahli IKRAM Pontian.

Kami telah menemui 9 orang calon penerima dari tiga buah kampung iaitu Kg. Tenggayun, Kg. Parit Semerah dan Kg. Pengkalan Raja. Calon-calon penerima telah dicadangkan oleh penduduk kampung. Mereka kebanyakannya ibu tunggal, OKU dan fakir miskin adalah penerima bantuan JKM atau PPRT.Saudara Shahrir telah menemu bual dan melihat sendiri keadaan mereka. Menurutnya semua calon ini layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan berupa bekalan makanan untuk sebulan selama 12 bulan atau lain-lain bentuk bantuan yang sesuai.

Namun begitu ada beberapa calon penerima di Kg. Pt.Masjid tidak dapat ditemui memandangkan kesuntukan masa. Mereka akan ditemui dalam fasa kedua nanti.

Semoga usaha yang sedikit ini akan meluaskan lagi rabtul am IKRAM di daerah Pontian. Terima kasih kepada IRM kerana membuka peluang ini.

Tuesday 13 March 2012

17 Mac 2012: Jom sertai Konvoi GMJ

Konvoi berkereta ke Angsana Johor Bahru akan bermula pada jam10.00 pagi Sabtu, 17 Mac 2012 di Stesen Bas Baru Pontian. Setiap kereta akan diberikan sticker konvoi.


Video Promo MyGMJ;
http://www.youtube.com/watch?v=48mB8mi-vdY&feature=player_embedded

Futsal Belia IKRAM


4 Mac 2012..Perlawanan persahabatan antara Belia IKRAM FC vs Pontian FC vs R.A.M.S FC tadi tetap meriah walaupun beberapa team gagal hadir seperti dijanjikan. Tahniah buat semua. Kita jumpa lagi pada 1 April nanti. Piala dan hadiah sudah tersedia..

Back 2 Nature Camp: IKRAM Teens Pontian

Alhamdulillah seramai 41 orang remaja telah mengikuti program perkhemahan " Back 2 Nature" sempena cuti sekolah anjuran IKRAM Teens Pontian. Program telah diadakan selama 3 hari bermula Jumaat, 9 Mac dan berakhir pada Ahad, 11 Mac di Nurfa Farmstay, Pekan Nanas. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.



Pelbagai aktiviti yang dapat membangun minda, meningkat kesedaran dan menginovasikan kemahiran telah dapat dilaksanakan. Hakikat kebesaran Allah dan keperluan kepada mengikuti ajaran Rasululah SAW juga ditanamkan oleh penceramah dan fasilitator dikalangan aktivis IKRAM Pontian yang berpengalaman.

Terimakasih diucapkan kepada semua penceramah dan fasilitator. Penceramah terdiri daridapa saudara Abdul Halim Ali, Ustaz Suhaimi Jairi dan saudara Mohd Zai' Kandar. Terimakasih juga kepada TYDP Pontian, Tuan Hj Ghazali Ibrahim yang merasmikan majlis penutup dan Tuan Hj Aminuddin Alias selaku Pengerusi Remaja dan Belia Negeri yang turut hadir dan memberi kata-kata aluan di majlis penutup.

Semoga IKRAM Teens dapat meneruskan Back 2 Nature sebagai program tahunannya

Disertakan 2 gambar. Gambar-gambar lain di FB IKRAM Pontian dan telah dilinkkan ke beberapa page IKRAM


Hari ke-2:Sebelum masuk ke Hutan Lipur Gunung Pulai
Hari ke-2: Trekking
Hari pertama: Sesi taaruf
Hari ke-2: Belajar menyembelih ayam
Hari ke-3: Riadah pagi Ahad
Demonstrasi silat di majlis penutup

Sunday 26 February 2012

Back 2 Nature..Jom!















Khas untuk adik-adik 12- 17 tahun.


JADUAL PROGRAM
· 9 hb Mac (Jumaat)
o 4.00 ptg – Pendaftaran
o Taaruf dan Ice Breaking
o Motivasi 1

· 10 hb Mac (Sabtu)
o Motivasi 2
o Trekking
o Xplorace
o Penyembelihan*
o Motivasi 3
· 11hb Mac (Ahad)
o Motivasi 4
o BBQ*
o 1.30 tgh – Bersurai
* tertakluk pada perubahan

PERSEDIAAN PESERTA
  • Pakaian untuk 2 hari 2 malam
  • Pakaian sukan (1 set utk aktiviti basah)
  • Sweater
  • Topi/Cap
  • Kasut
  • Selipar
  • Lampu picit
  • Terjemahan Al-Quran.
  • Alatulis
  • Keperluan peribadi (ubat/berus gigi/ubat gigi/sabun dll)
  • Pinggan plastik/cawan/sudu
  • Insect repellant
  • Makanan ringan spt biskut/roti
  • Alas tidur/selimut

JK IKRAM Pontian Hadir Majlis Maulid Di Kg Sawah
















26 Feb 2012 (Ahad), YDP, TYDP, S/U, P S/U dan Ketua Belia & Remaja IKRAM Pontian hadir di majlis sambutan MaulidurRasul Surau AL-Firdaus, Batu 4 Kg Sawah Pekan Nenas.
Majlis pada pagi yang cerah dimulai dengan bacaan do'a oleh Imam surau al-Firdaus iaitu Tn Hj Kasnin Abdul Jalal kemudian diikuti oleh bacaan ayat-ayat Qur'an oleh adik Noradlina, ucapan alu-aluan oleh Ketua Kampung Hj Paimin Sapun dan majlis marhaban oleh kesemua yang hadir sebelum ceramah Maulid yang disampaikan oleh YDP IKRAM Pontian iaitu Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar.

Dr Mohd Zin menyampaikan caramah bertajuk "Peribadi Rasulullah S.A.W. dan Perjuangan Di Palestin Hari Ini" dengan terlebih dahulu menghuraikan akan keunggulan pribadi Rasulullah S.A.W. dengan mengenengahkan sifat-sifat Rasulullah yang unggul dan perlu menjadi contoh dan tauladan seluruh umat hari ini. Kehebatan Rasulullah di dalam menjalani hidup sebagai Rasul dan pemimpin masyarakat lebih 1433 tahun yang lalu sangat dikagumi kawan mahupun lawan sehingga sukar untuk menafikan bahawa bagindalah merupakan individu terbaik pernah lahir di muka bumi ini.

Kehebatan Rasulullah boleh dilihat di dalam pelbagai sudut dan peranan yang dipikul oleh Rasulullah S.A.W. Beliau telah begitu cemerlang sekali memainkan peranan sebagai ketua keluarga, guru (pendidik) atau murabbi, sebagai pemimpin masyarakat, sebagai ketua tentera, sebagai imam, sebagai pemimpin politik dan sebagai pemimpin ummah.

Kehadiran Rasulullah telah membawa rahmat seluruh alam sehigga mampu membentangkan Islam sebagai ad-din (cara hidup) yang menyeluruh merangkumi kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara serta antarabangsa. Baginda telah mengajar dan menunjukkan secara praktikal bagaimana beriman dengan sebenar-benar iman iaitu dengan hanya mengambil ALlah S.W.T. sebagai Tuhan yang disembah dan ditaati. Baginda juga telah berjaya mempraktikan hakikat Ibadah, Akhlak & Syariah di dalam kehidupan.

Jadikanlah Rasulullah sebaik-baik ikutan dan contoh kehidupan, niscaya kita akan berjaya di dunia dan akhirat.

Bagi membina sebuah keluarga dan membangunkan anak-anak yang soleh dan solehah, Dr Mohd Zin mengenengahkan 4 perkara penting sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. iaitu;
a. Menjadikan AL-Qur'an dan Hadith sebagai Manhaj (silibus) atau rujukan,
b. Berusahakan menjadikan setiap diri sebagai Murabbi (Pendidik) yang berwibawa di dalam keluarga.
c. Berusaha menjadikan diri sebagai Khudwah Hasanah (Ikutan terbaik) bagi anak-anak.
d. Berusaha mewujudkan Beah Solahah (Suasana yang baik) di dalam rumah.

Di bahagian kedua ceramah, Dr Mohd Zin menjelaskan akan perlunya perjuangan yang ditunjukkan Rasulullah dilihat sebagai suatu kewajipan untuk membantu perjuangan di Palestin di mana hari ini bumi ambiya dan masjidil Aqsa di dalam tawanan zionis Yahudi yang zalim. Tayangan pendek berhubung Palestin dan 4 misi Aqsa Syarif ke Palestin atau Gaza sehingga 2012 dipersembahkan. Umat Islam berkewajipan menghulurkan bantuan bagi memastikan Masjidil Aqsa dibebaskan dan seluruh umat Islam akan berupaya menziarahinya selain dua masjid yang sedia boleh diziarahi iaitu Masjidil Haram dan Masjid-Nabawi.

Dengan bantuan anak-anak, isteri dan Pak Im (Pengerusi JK Belia-Remaja IKRAM Pontian), pamiran, jualan produk dan kutipan dana Palestin dijalankan dipenjuru kemah. Kempen memperkenalkan Ikram-Teen dan Aktiviti Remaja IKRAM turut dijalankan.

Ahli Parlimen Palestin Hadir Majlis Maulidur Rasul di Kg Maju Jaya Pekan Nenas Johor


Penduduk Kampung Maju Jaya begitu bertuah pagi ahad lalu 12 Feb 2012, apabila sambutan Maulidur-Rasul yang mereka anjurkan di Masjid kampung mereka dikejutkan dengan kunjungan ahli Parlimen Palestin iaitu Sheikh Dr Muhamamd Shehab dan rombongan Aqsa Syarif serta ahli jawatankuasa IKRAM Pontian.

Majlis yang dihadiri lebih 250 orang penduduk di kalangan para pemimpin masyarakat setempat, penduduk kampung dan para pelajar sekolah adalah merupan program tahunan sambutan Maulidur Rasul kampung tersebut. Penceramah jemputan pada tahun ini ialah Prof. Madya Dr Mohd Zin Kandar dengan tajuk "Kehidupan Rasulullah S.A.W. dan Perjuangan di Palestin Kini" disampaikan dengan bantuan persembahan multimedia.

Para hadirin didedahkan tentang pribadi Rasulullah SAW sebagai bukan sahaja seorang Rasul yang mengajarkan perkara-perkara berhubung akidah, ibadah, akhlak dan syariat, tetapi Rasulullah SAW juga adalah seorang pendidik (murabbi) dan pejuang kebenaran dan kemanusiaan yang telah berjaya membangun suatu ummah Islam (Generasi Qur'an) dan berjaya membawa umat manusia untuk tunduk dan patuh kepada Allah dan ajarannya. Di dalam perjuangan Rasulullah SAW, jihad dan pengorbanan adalah sebahagian dari misi kerasulannya.

Apa yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat Palestin hari ini di dalam mempertahankan bumi Palestin - Bumi Ambiya' dan Masjidil Aqsa adalah suatu sunnah perjuangan yang diajar oleh Rasulullah SAW dan kita umat Islam harus mempelajari dan membantu mereka dengan apa juga keupayaan dan kemampuan kita. Kini bumi Palestin dijajah dan masjidil Aqsa dikepung oleh rejim Zionis Yahudi, maka menjadi kewajipan seluruh ummat untuk berusaha membebaskannya.

Rasulullah SAW menganjurkan agar umat Islam beramai-ramai menziarahi Masjidl Aqsa dan bersembahyang di dalamnya dan jika tidak mungkin, "hantarlah minyak untuk menyalakan lampu-lampu di Masjidl Aqsa". Hadith tersebut menggambarkan bagaimana seluruh ummat berkewajipan membantu memelihara Masjidil Aqsa dan menghulurkan bantuan-bantuan bagi menjaga kesucian masjid milik umat Islam keseluruhannya. Seterusnya berusaha membantu agar Masjidil Aqsa dapat dibebaskan dan umat Islam dapat ke sana tanpa ada sekatan dari tentera rejim Zionis.

Selepas ceramah yang disampaikan Dr Mohd Zin, tetamu Palestin diberikan peluang menyampaikan sepatah dua kata dan nasihat kepada para hadirin untuk sama-sama membantu perjuangan rakyat Palestin. Ucapan beliau diterjemahkan oleh Ust Suhaimi Jairi (Setiausha IKRAM Pontian). Turut hadir juga ialah Pengerusi JK Pemuda-Remaja IKRAM Pontian (En Abdul Halim), Pengerusi JK Kemasyarakatan IKRAM Pontian (Ustazah Siti Mariah) dan Pengurus Aqsa Syarif Bandaraya Johor Bahru, Ustaz Rofazlin Jusuh.


Di dalam ucapan alu-aluan di awal majlis, Pengerusi JK Majlis sambutan, En Ruslan Abu Bakar menyatakan kesyukuran dan bertuahnya di atas kedatangan wakil Palestin walaupun tidak dirancang. Majlis diserikan dengan bacaan Qur'an dan nasyid kanak-kanak. Tn Hj Md Noor (Ketua Kampung) dan Hj Mahmud Kartubi (Imam) turut bersyukur dan mengharap agar kerjasama dengan pertubuhan IKRAM dan Aqsa Syarif dapat diteruskan.


Kutipan sumbangan untuk Palestin turut juga diadakan dan Alhamdulillah dua tabung Palestin mendapat sambutan dari orang kampung yang berpusu-pusu menderma baik dewasa mahupun dikalangan kanak-kanak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...