Sunday 26 February 2012

Back 2 Nature..Jom!















Khas untuk adik-adik 12- 17 tahun.


JADUAL PROGRAM
· 9 hb Mac (Jumaat)
o 4.00 ptg – Pendaftaran
o Taaruf dan Ice Breaking
o Motivasi 1

· 10 hb Mac (Sabtu)
o Motivasi 2
o Trekking
o Xplorace
o Penyembelihan*
o Motivasi 3
· 11hb Mac (Ahad)
o Motivasi 4
o BBQ*
o 1.30 tgh – Bersurai
* tertakluk pada perubahan

PERSEDIAAN PESERTA
  • Pakaian untuk 2 hari 2 malam
  • Pakaian sukan (1 set utk aktiviti basah)
  • Sweater
  • Topi/Cap
  • Kasut
  • Selipar
  • Lampu picit
  • Terjemahan Al-Quran.
  • Alatulis
  • Keperluan peribadi (ubat/berus gigi/ubat gigi/sabun dll)
  • Pinggan plastik/cawan/sudu
  • Insect repellant
  • Makanan ringan spt biskut/roti
  • Alas tidur/selimut

JK IKRAM Pontian Hadir Majlis Maulid Di Kg Sawah
















26 Feb 2012 (Ahad), YDP, TYDP, S/U, P S/U dan Ketua Belia & Remaja IKRAM Pontian hadir di majlis sambutan MaulidurRasul Surau AL-Firdaus, Batu 4 Kg Sawah Pekan Nenas.
Majlis pada pagi yang cerah dimulai dengan bacaan do'a oleh Imam surau al-Firdaus iaitu Tn Hj Kasnin Abdul Jalal kemudian diikuti oleh bacaan ayat-ayat Qur'an oleh adik Noradlina, ucapan alu-aluan oleh Ketua Kampung Hj Paimin Sapun dan majlis marhaban oleh kesemua yang hadir sebelum ceramah Maulid yang disampaikan oleh YDP IKRAM Pontian iaitu Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar.

Dr Mohd Zin menyampaikan caramah bertajuk "Peribadi Rasulullah S.A.W. dan Perjuangan Di Palestin Hari Ini" dengan terlebih dahulu menghuraikan akan keunggulan pribadi Rasulullah S.A.W. dengan mengenengahkan sifat-sifat Rasulullah yang unggul dan perlu menjadi contoh dan tauladan seluruh umat hari ini. Kehebatan Rasulullah di dalam menjalani hidup sebagai Rasul dan pemimpin masyarakat lebih 1433 tahun yang lalu sangat dikagumi kawan mahupun lawan sehingga sukar untuk menafikan bahawa bagindalah merupakan individu terbaik pernah lahir di muka bumi ini.

Kehebatan Rasulullah boleh dilihat di dalam pelbagai sudut dan peranan yang dipikul oleh Rasulullah S.A.W. Beliau telah begitu cemerlang sekali memainkan peranan sebagai ketua keluarga, guru (pendidik) atau murabbi, sebagai pemimpin masyarakat, sebagai ketua tentera, sebagai imam, sebagai pemimpin politik dan sebagai pemimpin ummah.

Kehadiran Rasulullah telah membawa rahmat seluruh alam sehigga mampu membentangkan Islam sebagai ad-din (cara hidup) yang menyeluruh merangkumi kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara serta antarabangsa. Baginda telah mengajar dan menunjukkan secara praktikal bagaimana beriman dengan sebenar-benar iman iaitu dengan hanya mengambil ALlah S.W.T. sebagai Tuhan yang disembah dan ditaati. Baginda juga telah berjaya mempraktikan hakikat Ibadah, Akhlak & Syariah di dalam kehidupan.

Jadikanlah Rasulullah sebaik-baik ikutan dan contoh kehidupan, niscaya kita akan berjaya di dunia dan akhirat.

Bagi membina sebuah keluarga dan membangunkan anak-anak yang soleh dan solehah, Dr Mohd Zin mengenengahkan 4 perkara penting sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. iaitu;
a. Menjadikan AL-Qur'an dan Hadith sebagai Manhaj (silibus) atau rujukan,
b. Berusahakan menjadikan setiap diri sebagai Murabbi (Pendidik) yang berwibawa di dalam keluarga.
c. Berusaha menjadikan diri sebagai Khudwah Hasanah (Ikutan terbaik) bagi anak-anak.
d. Berusaha mewujudkan Beah Solahah (Suasana yang baik) di dalam rumah.

Di bahagian kedua ceramah, Dr Mohd Zin menjelaskan akan perlunya perjuangan yang ditunjukkan Rasulullah dilihat sebagai suatu kewajipan untuk membantu perjuangan di Palestin di mana hari ini bumi ambiya dan masjidil Aqsa di dalam tawanan zionis Yahudi yang zalim. Tayangan pendek berhubung Palestin dan 4 misi Aqsa Syarif ke Palestin atau Gaza sehingga 2012 dipersembahkan. Umat Islam berkewajipan menghulurkan bantuan bagi memastikan Masjidil Aqsa dibebaskan dan seluruh umat Islam akan berupaya menziarahinya selain dua masjid yang sedia boleh diziarahi iaitu Masjidil Haram dan Masjid-Nabawi.

Dengan bantuan anak-anak, isteri dan Pak Im (Pengerusi JK Belia-Remaja IKRAM Pontian), pamiran, jualan produk dan kutipan dana Palestin dijalankan dipenjuru kemah. Kempen memperkenalkan Ikram-Teen dan Aktiviti Remaja IKRAM turut dijalankan.

Ahli Parlimen Palestin Hadir Majlis Maulidur Rasul di Kg Maju Jaya Pekan Nenas Johor


Penduduk Kampung Maju Jaya begitu bertuah pagi ahad lalu 12 Feb 2012, apabila sambutan Maulidur-Rasul yang mereka anjurkan di Masjid kampung mereka dikejutkan dengan kunjungan ahli Parlimen Palestin iaitu Sheikh Dr Muhamamd Shehab dan rombongan Aqsa Syarif serta ahli jawatankuasa IKRAM Pontian.

Majlis yang dihadiri lebih 250 orang penduduk di kalangan para pemimpin masyarakat setempat, penduduk kampung dan para pelajar sekolah adalah merupan program tahunan sambutan Maulidur Rasul kampung tersebut. Penceramah jemputan pada tahun ini ialah Prof. Madya Dr Mohd Zin Kandar dengan tajuk "Kehidupan Rasulullah S.A.W. dan Perjuangan di Palestin Kini" disampaikan dengan bantuan persembahan multimedia.

Para hadirin didedahkan tentang pribadi Rasulullah SAW sebagai bukan sahaja seorang Rasul yang mengajarkan perkara-perkara berhubung akidah, ibadah, akhlak dan syariat, tetapi Rasulullah SAW juga adalah seorang pendidik (murabbi) dan pejuang kebenaran dan kemanusiaan yang telah berjaya membangun suatu ummah Islam (Generasi Qur'an) dan berjaya membawa umat manusia untuk tunduk dan patuh kepada Allah dan ajarannya. Di dalam perjuangan Rasulullah SAW, jihad dan pengorbanan adalah sebahagian dari misi kerasulannya.

Apa yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat Palestin hari ini di dalam mempertahankan bumi Palestin - Bumi Ambiya' dan Masjidil Aqsa adalah suatu sunnah perjuangan yang diajar oleh Rasulullah SAW dan kita umat Islam harus mempelajari dan membantu mereka dengan apa juga keupayaan dan kemampuan kita. Kini bumi Palestin dijajah dan masjidil Aqsa dikepung oleh rejim Zionis Yahudi, maka menjadi kewajipan seluruh ummat untuk berusaha membebaskannya.

Rasulullah SAW menganjurkan agar umat Islam beramai-ramai menziarahi Masjidl Aqsa dan bersembahyang di dalamnya dan jika tidak mungkin, "hantarlah minyak untuk menyalakan lampu-lampu di Masjidl Aqsa". Hadith tersebut menggambarkan bagaimana seluruh ummat berkewajipan membantu memelihara Masjidil Aqsa dan menghulurkan bantuan-bantuan bagi menjaga kesucian masjid milik umat Islam keseluruhannya. Seterusnya berusaha membantu agar Masjidil Aqsa dapat dibebaskan dan umat Islam dapat ke sana tanpa ada sekatan dari tentera rejim Zionis.

Selepas ceramah yang disampaikan Dr Mohd Zin, tetamu Palestin diberikan peluang menyampaikan sepatah dua kata dan nasihat kepada para hadirin untuk sama-sama membantu perjuangan rakyat Palestin. Ucapan beliau diterjemahkan oleh Ust Suhaimi Jairi (Setiausha IKRAM Pontian). Turut hadir juga ialah Pengerusi JK Pemuda-Remaja IKRAM Pontian (En Abdul Halim), Pengerusi JK Kemasyarakatan IKRAM Pontian (Ustazah Siti Mariah) dan Pengurus Aqsa Syarif Bandaraya Johor Bahru, Ustaz Rofazlin Jusuh.


Di dalam ucapan alu-aluan di awal majlis, Pengerusi JK Majlis sambutan, En Ruslan Abu Bakar menyatakan kesyukuran dan bertuahnya di atas kedatangan wakil Palestin walaupun tidak dirancang. Majlis diserikan dengan bacaan Qur'an dan nasyid kanak-kanak. Tn Hj Md Noor (Ketua Kampung) dan Hj Mahmud Kartubi (Imam) turut bersyukur dan mengharap agar kerjasama dengan pertubuhan IKRAM dan Aqsa Syarif dapat diteruskan.


Kutipan sumbangan untuk Palestin turut juga diadakan dan Alhamdulillah dua tabung Palestin mendapat sambutan dari orang kampung yang berpusu-pusu menderma baik dewasa mahupun dikalangan kanak-kanak.

Usrah Gabungan Ahli IKRAM Pontian











Alhamdulillah, pada 14 Feb 2012 (Selasa) selepas solat Isya', satu majlis Usrah Gabungan ahli-ahli biasa Pertubuhan IKRAM Daerah Pontian telah dapat dijayakan. Usrah Gabungan ini disenggarakan oleh Jawatankuasa Tarbiyah IKRAM Pontian yang diketuai oleh Prof Madya Dr Zaharuddin Mohamed.

Majlis dimulai dengan tilawah qur'an secara berkumpulan. Ceramah disampaikan oleh Prof Madya Dr Nordin Yahya iaitu ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM Malaysia dengan penghuraian berkenaan keperluan membangunkan diri dengan keperluan-keperluan asas tarbiyah.

Program di adakan di masjid lama bandar Pekan Nenas. Selain mendedahkan kepada ahli-ahli akan konsep-konsep Islam dan amal Islami, suasana yang diwujudkan telah mengeratkan hubungan ukhuwwah sesama ahli di Pontian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...